Monday, 11 July 2016

Teman Pantin Laki Ukur Badan

Assalamualaikum Gula Hati, Encik Pelangi...

Selamat hari raya kawan-kawan. Kak Leha baru balik bercuti dari Johor ni. Letih, baru pagi tadi sampai kat Alor Setar. Cuti 8 hari from Sunday to Sunday rase macam tak cukup je. Sampaikan kak Leha terlajak cuti lagi sehari. hehehe.

Cuti hari Isnin ni macam seronok je sebab jalan dengan shopping mall semua kosong. Fiungg-fiungg bawak kereta laju-laju. haha

So hari ni ingat nak g setelkan sikit-sikit hal tawen-tawen. Mula-mula nak g pejabat agama, amek Sijil Kursus tapi macam x dan la pulak. Lepas tu tukar plan. Kitorang terus g ukur badan pantin lelaki.

Sebelum nak suruh tailor cina ni ukur badan, bergaduh2 manja jugak dengan dia. Dia cakap, lain tailor lain cara ukurannya. Ada yang suka tambah 'basi' terus dalam ukuran. Ada yang nak jahit nanti baru nak buat lebihan 'basi'. Ntah la aku pon tak paham ape yang dia cakap. Tapi tengok gaya dia macam xnak ukurkan.

Setelah diugut, akhirnya dia mau jugak ukur kan. Tapi dia macam pening jugak tengok nota yang akak aku bagi. Mungkin term yang diorang guna tak sama.

Gula Hati ni Kak Leha perati, badan dia makin kembang makin kembang la pulak...

Dah habis-habis ukur konon nak hulur sikit kat cina tu. Tapi dia kata dia ikhlas saja tolong maa... Hehehe jimattt

Bersambung...