Saturday, 12 November 2016

#dualine Alhamdulillah

Hari ni aku rasa lain macam sikit. Perasan dup dap. dup dap. Mungkin sebab dah 3 hari lewat mai period kot. heehehe tak kan kot... Kawan-kawan kat opis pon kemain mengusik katanya dah lekat baby la tuu...

So bagi menamatkan kemusykilan, balik dari opis aku singgah kat farmasi nak beli pregnancy test. Saje la try, kot-kot dapat dua line. Tapi dalam hati ni jujurnya tak ready lagi. Tapi kalau dah rezeki aku terima dengan hati yang lapang.

Muka sebelum buat test. Muka tu tak tau cuak ke nak happy. ..

Sampai rumah je alhamdulillah xde orang. Mak tua dengan ayah tua n adik-adik keluar pergi mane tah. Aku terus angkut tuala, masuk dalam bilik air. Niat nak mandi terus sambil buat test tu.

Tudiaa... tudiaa...
Setelah dikencingkan keatas alat pengesan ni, maka naik lah keputusan yang menunjukkan #dualine. Ya Allah... masa tu perasaan aku tak tau nak kata macam mana. Suka ada, sedih pon ada. Tapi paling menguasai perasaan takut. Nak jadi mak dah ke aku??? huhuhu 

So aku da terpike-pike plan macam mana nak buat surprise untuk encik suami ni. Nak record video ke. Nak selit celah baju ke. Tak pon nak bagitau saja je. Tak payah buat terkejut-terkejut ni...

Last-last aku pike nak letak pregnancy test tu kat kotak aku simpan sanitary pad. Masa kat dapur tengah masak, aku bagitau kat dia aku period. Pastu aku mintak tolong dia amekkan pad kat dalam bilik. Dalam kotak pink, dalam laci gerobok solek. 

Dia pon dengan muka tak syak ape-ape terus masuk bilik. Ya la, aku memang da lewat 3 hari period. Tiba-tiba mintak tolong amekkan pad, mungkin betul la aku tengah datang bulan.

Aku pon tunggu kat depan pintu bilik. Lama. Aku terbayang ape riaksi muka dia masa ni. Aku pon jengah sikit kat dalam bilik. Aku tengok muka dia blur. Dia pandang ja benda tu. Pastu kejap-kejap dia baca kat plastik balut pregnancy test. Mungkin nak pahamkan ape benda tu. Positive ke negative. hehehe comel sangat muka dia time tu...

Aku tak tahan tunggu lama, aku pon masuk bilik. Terus dia tengok muka aku. Aku senyum. Then dia peluk aku..... kuat. Perghh time tu Allah je tau perasaan aku. Nangis weh... Tak sangka dia seronok nak jadi bakal ayah. Dia cakap, "...terima kasih..." Pastu cium pipi dahi aku. Terus aku peluk dia lagi kuat. Seronok dilingkari dengan kebahagiaan. ^_^

Benda ni aku nak simpan dan selitkan dalam blog supaya jadi kenangan untuk baby  kita nanti.

 
Walaupon tulisan kelaut cina selatan, yang penting isi dia tuh. hehehe

Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat dengan berita ni. Tapi still tak puas hati sebab cek sendiri. 3 hari lepas tu kitorang pergi cek dekat klinik swasta pulak. Yess... Keputusan yang sama kami dapat. Cuma tak buat scan lagi. So tak tau berapa minggu. Tak pa lah.. Nanti pergi buat buku kat klinik pulak.

#dualine yang ni pekat sikit warna dia.

Sunday, 31 July 2016

SERAHAN DUIT... YAYY DA BOLEH SOPPING

Hai alls... semalam aku pegi jalan-jalan kat rumah bakal tok mertua. Saja la melawat sambil jenguk orang tua. TANAM SAHAM katanya. hehehe

Family ni jujurnya best sangat. Baru 1st time jumpa pon aku dah boleh masuk kepala. Sebabnya diorang semua sporting. Layan orang baru macam family sendiri. Kira tak salah la keputusan aku nak kawin dengan abg Nazmie nanti. thiiii

Tapi tak sangka pulak kan, kali ni pergi rumah dorang aku dapat surprise ! Masa dah nak balik tu tiba-tiba ayah dia suruh duduk depan tv. Pastu suruh salam dengan bakal mak tua. Aku dalam hati pike dah kenapa pulak. Nak minang lagi sekali ke... hahaha...

Tapi takpe, aku pon follow jela. Pastu mak dia hulur sekepuk duit not RM50. Banyak weh. Aku ingatkan duit peninggalan harta. Tak pon pembahagian wasiat hahaha. Tamak! Rupanya tu duit hantaran. Lahh yeke, penat je berangan lebih2.

Memang adat kat Kedah kena ada simple majlis (more to moment) yang buat bukti serah duit hantaran. Lagipun da nak dekat dengan majlis. Lagi sebulan sebelum tarikh, memang dah patut bagi duit belanja. Boleh la pihak perempuan buat apa-apa yang patut. Dah tu ape lagi, pakat amek gambo la. Hehehe

1st time bergambo berdua dengan bakal mak tua. Tak kan tak ketar kottt....

"...Nah amek duit ni, belanja elok-elok...." Acehh camtu la lebih kurang pesanan ayah tua..

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari... Duit hantaran tadi pak tua aku amek balik.. Huhh nak buat posing je rupanya duit tu. hahaha padan muka aku tertipu.  Duit yang sebetulnya pak tua aku dah transfer ke akaun bapak aku daaa... Tu la jangan suka sangat. Kan da kena. hehehe
Sedih duit kena tarik balik. HEHEHE. Nasib baik masih dapat kat bapak aku.
Okay la syg-syg kak Leha semua. Dah habis cerita ni. Esok lusa tulat kita sambung citer lain pulak ye. Oh lupa, masa ni abg Nazmie xde sebab kerja. (Berani tak aku g rumah bakal mertua sorang2? hehehe. Power... Power...)

Monday, 11 July 2016

Teman Pantin Laki Ukur Badan

Assalamualaikum Gula Hati, Encik Pelangi...

Selamat hari raya kawan-kawan. Kak Leha baru balik bercuti dari Johor ni. Letih, baru pagi tadi sampai kat Alor Setar. Cuti 8 hari from Sunday to Sunday rase macam tak cukup je. Sampaikan kak Leha terlajak cuti lagi sehari. hehehe.

Cuti hari Isnin ni macam seronok je sebab jalan dengan shopping mall semua kosong. Fiungg-fiungg bawak kereta laju-laju. haha

So hari ni ingat nak g setelkan sikit-sikit hal tawen-tawen. Mula-mula nak g pejabat agama, amek Sijil Kursus tapi macam x dan la pulak. Lepas tu tukar plan. Kitorang terus g ukur badan pantin lelaki.

Sebelum nak suruh tailor cina ni ukur badan, bergaduh2 manja jugak dengan dia. Dia cakap, lain tailor lain cara ukurannya. Ada yang suka tambah 'basi' terus dalam ukuran. Ada yang nak jahit nanti baru nak buat lebihan 'basi'. Ntah la aku pon tak paham ape yang dia cakap. Tapi tengok gaya dia macam xnak ukurkan.

Setelah diugut, akhirnya dia mau jugak ukur kan. Tapi dia macam pening jugak tengok nota yang akak aku bagi. Mungkin term yang diorang guna tak sama.

Gula Hati ni Kak Leha perati, badan dia makin kembang makin kembang la pulak...

Dah habis-habis ukur konon nak hulur sikit kat cina tu. Tapi dia kata dia ikhlas saja tolong maa... Hehehe jimattt

Bersambung...


Sunday, 26 June 2016

Gi Daftar Nikah Yokkk...

Assalamualaikum Gula Hati, Encik Pelangi...

Wahh lapangnya hati sebab dah setel satu bab yang paling penting bila nak kawen. Semalam baru je lepas setel kan daftar nikah bagi pihak lelaki.

Macam yang aku dengar dan bace kat blog2, memang rumit pon procedure dia. Nak kena ada borang itu ini. Nak kena buat ujian HIV bagai-bagai. Tapi jangan merungut, sebab benda tu lah yang buat korang rasa lagi eksaited nak kawen.

Okay mula cerita dari awal kay. Sebelum nak pergi pejabat agama, aku pening sangat2 sebab banyak benda yang nak kena fikir. Dah la sijil kursus kawen aku hilang. Dengan ujian HIV tak buat lagi. Tarikh makin dekat tapi tok kadi pon x tempah lagi. Serius kusut. Sampai nangis jugak la aku pagi tu. Tapi nasib baik Encik Tunang sangat2 faham and boleh tolerate. Dia la yang tolong tenangkan aku sambil2 buat lawak yang tak berape jadi.

Macam yang kitorang plan, mula2 pergi pejabat agama dulu untuk confirmkan borang ape yang patut ada, nak tanya macam mana procedure, dll.

Sebelum tu, nak mention. Kitorang dah isi siap2 borang daftar nikah ni secara online. Kalau korang nak amek borang kat pejabat agama pon boleh, tapi kena bayar RM1 kalau tak silap aku. Nak isi online, linknya Disini ya.

Yang bulat-bulat tu maknanya dokument belum ready. hehehe
Syok wooo bila tengok borang nikah ni. Lagi2 tengok nama pasangan. Rasa macam mimpi je dah nak kawen ni. Hehehe
Disebabkan aku dengan dia kerja kat Alor Setar, jadi kitorang pergi pejabat agama Alor Setar. Lagipun Gula Hati kata dia ada kawan kerja kat situ. Boleh la skip giliran.

Rupa-rupanya harapan kitorang tu tinggal harapan je. Sebab bila sampai kat dalam pejabat, dorang  tak bagi kitorang buat daftar nikah kat Pejabat AS. Diorang kata kena buat kat pejabat agama  Jitra sebab Encik Tunang punya IC, alamat kat Jitra.

Dan kitorang pon balik ke Jitra semula, tapi sebelum tu singgah buat HIV test.

Selpiaq sekali... Tu muka kena paksa amek gamba
Lokasi: Pejabat Agama Alor Setar

Habis babak pertama...
......

Balik-balik dari pejabat agama tu, terus terjah Klinik Kesihatan dekat Mergong. Nak buat HIV test pulak. Berdebar jugak. Takit tiba-tiba ade penyakit berbahaya ke, xpon kenser tahap 4. Hahaha otak kau memang merapu izu.

Kat klinik tak payah tunggu lama. Cakap je nak buat HIV test, terus dia suruh pergi kat kaunter lab. Bagi IC kat kaunter pastu tunggu dia panggil nama. Mula-mula Encik Tunang buat dulu, sebab aku takut jarum/darah/so wat ever.  Lepas dah tengok dia buat tak sakit, baru aku pulak buat. Elehh sikit je die cucuk. Tak rase ponnn (belagakk...)

Jari lepas kena cucuk amek darah.
Tengok tu, kan sikit je darahnya. Tak takut pon

Sambil-sambil nak tunggu keputusan keluar, sempat bergaduh banyak kali dengan Encik Tunang. Tak tau ape punca. Tapi kadang-kadang sebab aku ni mengada-ngada je. hahaha


Tengok tu merajuk... sebabnya tak nak layan aku nak selpie. hahaha budak-budak
Tapi bila mood da ok, aku sambung balik selpienya... hehehe


Tadaaaa... keputusan dah keluar. Dan kitorang negative dari HIV. So boleh kawennn... Part lawak bila dapat keputusan, Encik Tunang boleh buat blur dia. Masa pegawai lab tu bagitau kitorang negative HIV dia boleh tanya, "...negative tu maknanya ada HIV ka? Abis tu tak boleh kawen ke?..."

Hahahahahaha... masa tu aku rase macam nak sepuk je muka dia... Akak tu pon explain, "...negative tu maksudnya tak ada HIV... boleh kawen la..." sambil senyum2 tengok gelagat Encik Tunang tersengih malu.

......

Babak kedua pulak...

Da dapat keputusan HIV tu kena buat lagi satu step sebelum nak hantar borang kat pejabat agama. Kitorang gi jumpa tok imam (make sure imam kawasan korang tau), nak mintak surat pengesahan bujang. Tok imam tak payah buat surat pape pon, cuma dia nak sign borang yang kitorang dah print tu je. 

Nasib baik masa tu waktu sembahyang zohor. So tok imam nampak macam bz sikit. Dia sign je borang tu tanpa ada soalan apa-apa. Senang kerja kan. Alhamdulillah dipermudahkan. Tapi kat sini xde gambo ye. Maklum la masjid.

......

Babak ketiga, kat pejabat kadi Jitra...

Sementara nak tunggu giliran...
Gedebak gedebuk... itu ini... Akhirnya nama kitorang dipanggil. Encik Tunang kena baca satu angkat sumpah. Sumpah orang kawen kot. Aku pon tak tau nama dia. Gambar bawah ni gambar dia tengah baca akuan sumpah tu la. hehehe.... 

Ketaqqq brader kitani... hehehe
Okayyy setel dah semua hal untuk hari ni. Next, dah boleh kawen... yayyy... 

Wednesday, 15 June 2016

Surprise sahur pulak !

Assalamualaikum Gula Hati, Encik Pelangi...

Pagi-pagi lagi Gula Hati dah buat sweet tau. Rasa macam nak senyum sorang2 je hari ni. Surprise ape pulak dia buat ni. Jom jengah !


Tadaa... maaf la tinggal kulit ketam je yang sempat nk amek gambo. Isi dia semua dah telan.

Pukul 4:30 pagi Gula Hati dah kol. Aku ingatkan dia nak kejut sahur. Aku mamai2 pon angkat. Dia kata jap lagi dia nak datang umah bagi lauk sahur. Aku pon cakap ok, nanti da sampai bagitau.

Dalam pukul 5 camtu dia pon sampai tercongok depan umah. Aku tak tunggu dah, terus amek kain tuala keluar rumah.

Sampai pagar je Gula Hati hulur satu beg plastik isi makanan. Dia kata tak yah bukak dulu, bukak kat dalam nanti sebab xde penutup. Takut masuk air hujan (memang masa tu hujan renyai2). Tak puas hati, aku intai sikit kat dalam beg tu. tapi tak nampak pa sebab gelap. 

Masa dia nak balik, aku buat muka merajuk sikit. Hehehe saja manja xnak bagi dia balik. Dah datang sekejap sangat. Mane puas nak tengok muka dia.

Masuk dalam ja aku tergamam bila bukak beg tu.... Errr


Dia bagi aku lauk ketam. Ya Allah ! feveret kot. Yang sweetnya siap selit nota kecik2 macam dalam gambar. eeeiii suka tau buat kita malu.. hahaha

Abes aku kena usik dengan budak2 rumah. Diorang kata Gula Hati sweet, sanggup datang hantar lauk pagi2. Haha diorang tak tau kes malam sebelum tu aku gaduh dengan dia. Ni kira nak pujuk balik la kot. Tu yang siap tulis nota "abg mintak maaf", ade muka orang nangis pulak tu. heeee comel

Tinggal penutup tapawe je. Huish gelojoh jugak kitorang ni.

 Tak kan tak comel kot buat nota warna warni macam ni. Ya Allah, sayang kau ketat2 encik tunang !

pssttt, lain kali buat lagi ea... hehehe


Bersambung...

Thursday, 9 June 2016

Surprise buka puasa daripada encik tunang

Assalamualaikum Gula Hati, Encik Pelangi...

Salam Ramadhan ke 1437H untuk semua pembaca. Pejam celik kejap je dah masuk semula bulan puasa kan. Rasa macam baru je puasa 2-3 hari lepas puasa, (ceh memang baru 2-3 hari la, dah kau ganti puasa pon da hujung2 bulan haha). Semoga tahun ni puasa kita membawa keberkatan & amalan kita diterima oleh-Nya. Aminn...

Cerita sedih tapi happy. Sebab tahun ni tahun terakhir aku berpuasa sebagai orang bujang, jauh dari family. Kena buka puasa dengan kawan-kawan baru (budak rumah sewa). Tapi yang syoknya aku puasa sebagai tunang orang! hehehe yayy. Amboi gatalnya kau bedah...

Perasaan sebagai tunang orang? Urmm rasa sama je. Cuma best sebab ada orang yang jaga. Eh kenapa? Sebelum ni mak abah kau tak jaga kau ke? Bukan macam tu. Tapi yg ni special sikit sebab dia akan teman aku masa dalam wad bersalin nanti. Hahahaha. jauh melalut. Ish wajib nikah ni mak.

1st day puasa, aku buka dengan mak abah and family kat umah Johor. sempat jugak la merasa berbuka sama-sama. Tapi mungkin tu yang terakhir buka dengan diorang sebab lepas ni Raya pulak baru boleh balik. Hmmm sedihnya...

Selamat berpuasa sayang-sayang acik semua. Nanti raya acik balik okey.

Lepas buka puasa tu terus balik Kedah, naik bas S&S pukul 9 malam. Fuhh tergesa-gesa makan sambil nak layan anak-anak buah. Tapi xpe, demi korang acik sanggup je. 

Hari ke4 puasa (9 Jun 2016) baru ka aku dapat buka puasa sama-sama dengan Gula Hati. Sebab 2 hari puasa tu aku nak dia buka puasa dengan family dia. Takpela aku korbankan rindu yang dah menggunung ni.

Petang masa nk g buka tu dia ade cakap nak bawak aku g makan sedap2. Tapi bila aku tanya, dia xde cakap la pulak nk makan kat mana. Dia cakap, aku boleh makan ape je yang aku nak. Dalam fikiran "SHELL OUT"! hahaha sebab dah lama beb teringin nak makan ketam.

Tapi rupa-rupanya, dia bawak aku makan kat TH Hotel. Dia kata ayah dia bagi baucer buka kat TH. Aku dengar makan kat hotel je melompat suke la.

Hari ni aku dilayan seperti puteri. Aah puteri yang pakai baju selebet. Puteri yang xde crown Qu Puteh atas kepala.

Yang tak syoknya bila sampai je kat TH, aku dengan dia segan nak masuk. Mana taknya, semua orang pakai baju cantik. Yang perempuan berjubah, lelaki pulak siap pakai kopiah. Kitorang? pakai tshirt je weh. Masa tu aku salahkan dia la sebab tak bagitau awal2 nak makan kat hotel. Macam biasa, perang la ape lagi. Hahaha

Sambil tunggu, selfie dulu sekali walaupon dia kata malu.

Punya la puteri, sampaikan kitorang je yang duk kat meja ni. Seronok, aku tunggu je kat meja, dia yang tolong amekkan makanan. Dia xde ni la baru aku berani nak amek gambo, kalau x dia kata malu je amek2 gambo. Orang tengok! 

Makanan kat sini semua sedap2. Yang paling xleh lupa, aku 1st time makan kibas. Mula-mula aku ingatkan kambing biasa, rupenya kibas. Not bad la. Ade nasi arab, otak-otak, ikan bakar, mushroom sup, abc, kek, segala mak nenek dessert, but first kami buka dengan air zam-zam dengan kurma dulu. Kenyang tak boleh cakap, bak kata orang kedah perut sengkak. hehe betul tak betul tu belakang kira.


Thanks fotografer kami tolong amek kan gambar. Makanan abis dah baru nak amek gambar kan. cett. Xpela tu pon da okay sangat.


Bersambung...

Monday, 25 January 2016

Mata bertentang mata. Salam bertaut jua.

Assalamualaikum Gula Hati, Encik Pelangi

Hari yang dijanji sampai dah. Hari 1st time nak jumpa bakal-bakal family. Jumpa la mak Gula Hati, ayah, tok, makcik pakcik adik2 semua la. Fuhh nebes.

Semalam sampai tak dapat tido sebab terlampau risau macam mana agaknya bila salam dengan bakal2 ni for the 1st time... T.T

Bangun pagi terus bukak gerobok. Check. Baju ape nak pakai ni.

Kena pakai baju sopan. Sebab mak ayah Gula Hati nampak macam alim2 sikit. hehehe.

So aku decide nak pakai kemeja je dengan skirt putih bunga2.

Janji nak jumpa pukul 12 ke atas, tapi pukul 8 dah bangun gosok baju. Thi hihihi. Takut baju kedut satg mertua rejek pulak.

So, masa nak tunggu dari pukul 8 ke pukul 12 tu aku sempat selak2 blog orang lain. Nak tengok tips jumpa bakal mertua untuk kali pertama. Hahaha Hah kau! siap buat research lagi.

Antara tips yang aku rase berguna dan paling banyak orang tekankan, rajin-rajinkan diri dekat dapur. Maklum la menantu perempuan kan. Cuba menantu lelaki, kau nak malas ke ape ke lantak laaa...

Dah kata tips suruh rajin kat dapur, aku sampai2 je rumah tok dia terus tuju kat dapur. Kah! bukan citer bohong, tapi memang dah time tu makcik dengan tok dia tengah memasak. So kena la jugak masuk dapur. 

Yang tak boleh blah, terus2 je sing-sing lengan nak basuh pinggan. Hahaha. rase macam fake pulak. Tapi aku memang rajin sejak lahir babe. So tak la rase pura-pura sangat.

Satu je yang rase lega sangat.....

Nasib baik mak dia tak suruh masak... kalau tak, mau menangis aku kat situ. Silap hari bulan xmau datang dah. Hehehe

Lepas masak-masak, makan tengah hari.  Macam biasa la buat-buat rajin tolong hidang lauk, buat air, senduk nasi. Ala-ala suri rumah yang ayu gituw.

Lepas makan nasi tu aku ingatkan abis dah sesi makan-makan. Rupanya ada lagi.... Tapi kali ni makan laksam pulak kat pondok luar rumah.

Lagi sekali. Aku buat-buat sibuk angkat kuah dari dalam keluar rumah sebab nak lepak-lepak kat pondok nun. Dalam masa nak angkat kuah tu aku tengok ade tok dengan ayah dia dah duk kat pondok. Ceh konon nak beramah la dengan ayah dia.

Aku pon tegur ayah dia. Aku kata, "waaa syoknya makan kat luar"....

Ayah dia pon beramah balik dengan aku, "luaq, bukan luar... nak jadi orang Kedah kena cakap macam orang Kedah"...

Aduhhh... kena setepek kat muka. Aku pon senyum kelat terkuet2 terus masuk dalam rumah. 

Lepak kat luar ni macam best sikit sebab lebih santai and aku lebih dekat dengan family dia. So far semua nampak ok. Cuma Mak ngah dia ja aku seram sikit. Mak ngah dia macam tak suka aku ja.. haha sokay, banyak masa lagi nak amek hati.

Abis makan ja tok dia suruh amek gamba kat sawah. Alamak!

Tok dia memang paham2 je yang aku ni suka bergambar. Lagi-lagi gambar kat sawah kan. Hehehe seronok tak kira....






.....

Lepas ape yang kau lalui hari ni, aku bersyukur sangat2. Sebab aku dikategorikan sangat nasib baik sebab dapat bakal family yang sporting. Adik-adik dia pon ok. Lagi adik yang last sekali. Manja sangat walaupon mula-mula malu nak tegur 'Kak Izu' dia ni.

Harap ni sebuah permulaan yang baik, sebelum kami melangsungkan majlis pertunangan tak lama lagi. InsyaAllah.