Sunday, 31 July 2016

SERAHAN DUIT... YAYY DA BOLEH SOPPING

Hai alls... semalam aku pegi jalan-jalan kat rumah bakal tok mertua. Saja la melawat sambil jenguk orang tua. TANAM SAHAM katanya. hehehe

Family ni jujurnya best sangat. Baru 1st time jumpa pon aku dah boleh masuk kepala. Sebabnya diorang semua sporting. Layan orang baru macam family sendiri. Kira tak salah la keputusan aku nak kawin dengan abg Nazmie nanti. thiiii

Tapi tak sangka pulak kan, kali ni pergi rumah dorang aku dapat surprise ! Masa dah nak balik tu tiba-tiba ayah dia suruh duduk depan tv. Pastu suruh salam dengan bakal mak tua. Aku dalam hati pike dah kenapa pulak. Nak minang lagi sekali ke... hahaha...

Tapi takpe, aku pon follow jela. Pastu mak dia hulur sekepuk duit not RM50. Banyak weh. Aku ingatkan duit peninggalan harta. Tak pon pembahagian wasiat hahaha. Tamak! Rupanya tu duit hantaran. Lahh yeke, penat je berangan lebih2.

Memang adat kat Kedah kena ada simple majlis (more to moment) yang buat bukti serah duit hantaran. Lagipun da nak dekat dengan majlis. Lagi sebulan sebelum tarikh, memang dah patut bagi duit belanja. Boleh la pihak perempuan buat apa-apa yang patut. Dah tu ape lagi, pakat amek gambo la. Hehehe

1st time bergambo berdua dengan bakal mak tua. Tak kan tak ketar kottt....

"...Nah amek duit ni, belanja elok-elok...." Acehh camtu la lebih kurang pesanan ayah tua..

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari... Duit hantaran tadi pak tua aku amek balik.. Huhh nak buat posing je rupanya duit tu. hahaha padan muka aku tertipu.  Duit yang sebetulnya pak tua aku dah transfer ke akaun bapak aku daaa... Tu la jangan suka sangat. Kan da kena. hehehe
Sedih duit kena tarik balik. HEHEHE. Nasib baik masih dapat kat bapak aku.
Okay la syg-syg kak Leha semua. Dah habis cerita ni. Esok lusa tulat kita sambung citer lain pulak ye. Oh lupa, masa ni abg Nazmie xde sebab kerja. (Berani tak aku g rumah bakal mertua sorang2? hehehe. Power... Power...)

Monday, 11 July 2016

Teman Pantin Laki Ukur Badan

Assalamualaikum Gula Hati, Encik Pelangi...

Selamat hari raya kawan-kawan. Kak Leha baru balik bercuti dari Johor ni. Letih, baru pagi tadi sampai kat Alor Setar. Cuti 8 hari from Sunday to Sunday rase macam tak cukup je. Sampaikan kak Leha terlajak cuti lagi sehari. hehehe.

Cuti hari Isnin ni macam seronok je sebab jalan dengan shopping mall semua kosong. Fiungg-fiungg bawak kereta laju-laju. haha

So hari ni ingat nak g setelkan sikit-sikit hal tawen-tawen. Mula-mula nak g pejabat agama, amek Sijil Kursus tapi macam x dan la pulak. Lepas tu tukar plan. Kitorang terus g ukur badan pantin lelaki.

Sebelum nak suruh tailor cina ni ukur badan, bergaduh2 manja jugak dengan dia. Dia cakap, lain tailor lain cara ukurannya. Ada yang suka tambah 'basi' terus dalam ukuran. Ada yang nak jahit nanti baru nak buat lebihan 'basi'. Ntah la aku pon tak paham ape yang dia cakap. Tapi tengok gaya dia macam xnak ukurkan.

Setelah diugut, akhirnya dia mau jugak ukur kan. Tapi dia macam pening jugak tengok nota yang akak aku bagi. Mungkin term yang diorang guna tak sama.

Gula Hati ni Kak Leha perati, badan dia makin kembang makin kembang la pulak...

Dah habis-habis ukur konon nak hulur sikit kat cina tu. Tapi dia kata dia ikhlas saja tolong maa... Hehehe jimattt

Bersambung...