Hai lovers. Hai followers. Hai stalker, haters, crush. Special hai untuk awak, abg... Hope korang semua sihat dan bahagia dengan insan2 tersayang...
Thanks sebab sudi jenguk. Sudi baca. Dan sudi singgah lagi untuk tau perkembangan blog ni. Atau lebih tepat "nak tau kisah aku" kan?? NVM.
Hari ni semangat lebih sikit nak tulis kat blog ni. Sebab minggu lepas dah bertungkus lumus hias blog, tapi tak sempat nak update pape.
Nak start cerita pasal new person dalam hidup aku, "Qaseh Iezzu"...

Let me intro sket pasal dia kat korang. Nama dia Nazmie, 1992, Jitra Kedah. 1992? yup! Mie muda setahun dari aku (1991). Tapi kata orang, cinta tak mengenal usia. Tak pandang harta mahupun rupa. Aceh, macam lagu lak bunyi dia. Hehehe.
Perangai dia sikit tak matang. Atau bahasa lebih mudahnya, TINGTONG - MASUK AIR - WAYAR PUTUS. Hahaha. Tapi perangai yang tingtong tu lah yang buat aku tak bosan. Sebab ade je idea dia nak sakat aku. Ade je nak buat aku hilang sabar.fuhhh...
Tapi as kapel ni kena terima baik buruk pasangan. Macam mana dia boleh terima baik buruk aku, macam tu jugak aku akan terima hensem hodoh nya perangai dia.
No.. no.. no... Tak banyak pon perangai dia yang buat aku sakit ati. Sebab banyak kelebihan dia yang aku nak puji. Contoh, dia caring. Superb pandai jaga hati aku. Lagi-lagi bila aku merajuk. Cara paling mudah dia pujuk aku, dia akan sebut "BEGER". Kurang ajar! Dia tau kelemahan aku kot.... Aku ni pantang plak sebut beger, otomatik cacing dalam perut bersorak riang. Tak tahan beb. Beger daging dabel, lebih bawang, lebih sos memang akan menang walaupon aku tengah merajuk kes Mona Fendy. (Maksudnya kes berat la...)
Opsss terlebih melalut.
Camna mula-mula aku kenal Mie eh? Okay sini nak citer.
Macam yang korang tau, aku student UUM. Masa tu sem 5. Dalam bulan November 2014 aku dapat satu interview untuk dapatkan potongan yuran. Dengan hati berdebar2 dan semangat dari orang keliling, aku pergi interview tu.
Dalam duk tengah ralit men henpon masa menunggu tu aku perasan sorang mamat ni duk usha aku. Tak tau la aku je ke yang perasan atau memang dia tgh nak cucuk jarum. Aku pon buat derk je. Tunggu daripada pukul 2 sampai pukul 6 petang baru lah aku dapat masuk bilik interview. Habis je aku terus balik. Sebab masa tu dah nak magrib. Risau beb. Kang ade yang "mengikut balik".
Sangkaan aku betul weh. Ade yang "ikut balik". Ermm lupakan je...
Malam tu aku dapat satu mesej dari seseorang. 1st mesej. Aku ignore. Takut la stranger kacau. Sebab masa tu tengah main perasaan dengan kisah lama... hehehe. 2nd mesej masuk lagi, bagitau yang dia nak berkawan dan dia yang in charge masa interview petang tadi. Ignore lagi. 3rd mesej dia mintak ID wechat. Aku pon bagi ID. Tak salah kot nak berkawan. Tapi masa tu tak ade hati langsung kenal ngan mana2 lelaki. Dan kitorang pon just bertegur dan berkawan gitu2 jek.
Nak dijadikan cerita, "kes lama" aku buat problem. Ade je tak kena. Ade je yang buat perang. So aku end up kisah kami.
Biasa lah. Bila hati tengah sunyi ni, mula la cari kisah baru. Aku pon try mesej balik mamat Wechat tadi. Aku usha moment dia. Ayah dia sakit. Dan masa birthday aku (12 Februari), aku usha balik moment dia. Ayah dia sama beday ngan aku rupanya. Still malu2 nak bertegur. Just like2 moment and comment each other stats.
Makin lama makin berani personal chat. Bila dah mula rapat, mamat tadi ajak jumpa. Beribu alasan aku bagi tapi semangat kental mamat ni buat aku cair jugak.
First date : IKAN BAKAR KUALA PERLIS. *sebab aku nak sangat makan ketam. Me faveret.
Sebelum nak jumpa tu siap pesan kat kawan2. Aku kate, kalau jadi pape, aku keluar ngan mamat ni, bla3, sekian3...
So, 1st date tu xrase pape lagi. Melainkan rase senang berkawan dan selesa dengan dia. Yela, orangnya banyak cakap. (Macam aku jugak). Muka pulak sweet ala2 gula-gula kapas. Bulu mata paling tak leh tahan. "Ok admit. Dari 1st masuk kereta sampai nak balik, aku asyik usha je bulu mata dia. Terus jatuh hati."
Masa nak balik tu aku try jugak tanya2 pasal kes lama dia. Tapi dia senyap. Tak mau cita. Aku pulak nak jugak tau. Tanya lagi. Dia kata "xpela lupakan je". Memandangkan dia ni dulu belajar kat Kolej Universiti Insaniah (KUIN) so aku agak kisah lame dia mesti pakai tudung labuh, baik budi pekerti and so on. Sebab putus pon mungkin mak bapak perempuan tu jodohkan dia ngan laki lain. (Hahaha. Pengaruh drama pukul 7 betul lah....) Bila aku tengok muka dia macam sedih, aku pon xjadi nak terus bertanya. Soalan tu end up macam tu je.
*Opss opss.. Lupa cakap. Kitorang secara kebetulan terpakai baju sama. MERAH! Ngeee
Second date : COOL BLOG UUM *aku malas nak layan, tapi dia buat ayat sedih plakkk. Jumpa jugak la...
Petang2 minum cool blog? Ko rasa? Ermm tak ikutkan kang buat ayat tacing macing. Nyampah!
Third date : MAKAN2 KAT UMAH EN ZIZI *makan lobster wehhh... rugi ar kalau tak ikut.
Dari sini bermula laaa segalanyaaaa....
1st time aku nampak budak2 suka sangat kat dia. Terus luluh hati ni. Tiba2 terbayang anak2 aku panggil dia daddy. (Hahaha. Okay yang tu tambah2). Aku suka sangat kalau lelaki suka budak2. Sebab aku pon suka jugak! Jujur cakap, memang aku jatuh cinta. *Malu. (Budak2 tu anak En Zizi. Dia memang baik ngan family En Zizi. Anak2 En Zizi pon panggil dia Uncle Mie)
Perkenalan semakin hangat. Semakin dekat. Dan semakin "aku nak kawen ngan kau". Sampai lah sekarang. Dari situ mula la kami suka terobek macam mana terjadinya cerita ni.
Kalau nak tau, "benda yang ikut aku balik" yang aku cerita tadi, sebenarnya adalah Mie. Yup! Punya dia nak kat aku, bukan je dia curi no telepon aku kat borang interview. Tapi siap follow aku balik hostel. Usaha punya usaha. Akhirnya dapat jugak kan!
So, macam tu jelah kisah aku ngan Mr Mie a.k.a Labi. Sebenarnya banyak lagi kisah duka yang terselit di antara cerita2 tadi. Tapi demi menjaga aib dan sensitiviti sesetengah pihak, aku fikir tak yah la cerita. Biar "kami" ja yang tau... Biar "kami" ja yang simpan semuanya.
Okay Adios Amigos. Kepala lu wa jotos.